Bersyukur, Mekah dibuka kembali untuk solat Jemaah

ALHAMDULILLAH itulah kata-kata yang keluar dari rakyat Malaysia apabila mendapat tahu berita Arab Saudi memaklumkan untuk membuka semua kota suci Makkah pada hari ini.

Menurut laporan BH Arab Saudi telah mengumumkan dua fasa pelan penyesuaian membabitkan kota suci Mekkah dengan memberikan kelonggaran sekatan berikutan penularan CoV-19.

Ini secara tidak langsung membolehkan pendudukan kota mekkah kembali hidup seperti kehidupan biasa.

Dalam fasa pertama kota suci Mekkah akan dibuka bermula 31 Mei ini dan prosedur keluar masuk ke Mekah hanya dibenarkan dari jam 6 pagi sehingga 3 petang.

Jadi rakyat Mekah boleh menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram dengan mengikuti langkah keselamatan yang telah disediakan tetapi ia hanya dihadiri oleh kumpulan imam dan kakitangannya.

Dalam fasa kedua pula yang dijangka akan bermula pada 21 Jun, penduduk di Mekah akan dibenarkan berada di tempat awam sekitar 6 pagi hingga 8 malam.

Perniagaan seperti kafe dan kedai gunting rambut masih lagi tidak dibenarkan untuk beroperasi manakala majlis perkahwinan serta pengebumian hanya boleh dihadiri maksimum 50 orang.